Google
Google Ghanes

Selasa, 25 Maret 2008

Yahoo Messenger 8 Multi Login

“Anda pengguna khidmat Yahoo! Messenger 8? Saya akan memberitahu anda cara-cara untuk login 2 id Y!M yang berbeza sekaligus di dalam satu komputer sahaja. ;)

Sebenarnya masalah ini seringkali timbul dalam beberapa situasi. Sebagai contoh, ada seseorang ingin menggunakan komputer anda untuk tujuan chatting. Tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu sign out Y!M anda.

Jadi dalam situasi ini, anda perlu setting program anda supaya anda dan kawan anda dapat online ( Y!M ) sekaligus dalam satu komputer pada waktu yang sama dengan menggunakan id yang berbeza.

Anda tentu faham bahawa kebiasaannya anda hanya mampu sign in 1 id sahaja dalam satu komputer. Dengan penjelasan mudah yang ana berikan ini, anda mampu sign in 2 ataupun lebih id sekaligus dalam satu komputer. Sekali lagi diingatkan, kemudahan ini hanya untuk pengguna Yahoo Messenger 8 ( versi terbaru ).

Ikuti langkah berikut :

1. Download dan install Y!M versi 8 DISINI ( jika anda belum memilikinya )
2. Start ( butang start windows ) >> Run >> taip “regedit” >> OK.
3. Buka HKEY_CURRENT_USER >> Software >> yahoo >> pager >> test .
4. Klik kanan pada folder test >> New >> DWORD value >> taip “Plural” sebagai nama file.
5. Tekan enter 2 kali pada file plural yang baru saja dibuat. Pada “Value data” isikan angka 1 ( untuk 2 id ) , 2 ( untuk 3 id ) dan seterusnya. Pastikan bahagian “Base” berada pada pilihan Hexadecimal ( 16 ). Then click ok untuk menamatkan setting anda. Selamat mencuba.

Note :

Untuk cuba samada berjaya atau tidak usaha anda ini, just click pautan Y!M macam biasa. Cuma yang bezanya, click yang kedua ini tidak akan mengganggu Y!M anda satu lagi yang sedang beroperasi. Yang penting, anda mesti guna id yang berlainan masa login tu. Ok, jika ada masalah, sila tanya. Wassalam.
.

0 komentar:

Template by : Upil-Asin.com